Inspirational Thoughts

"Love your life. Believe in your own potential. Wake up each day with the awe of just being alive. Forget the past. Take the power to choose what you want to do and do it well. Open your heart and your mind to every opportunity. Don't be afraid to keep trying. Create your own dreams. Colour your life with people and things you love. Focus on all that is good. Life always gets better with a positive attitude!

"Dare to live the life you have dreamed for yourself. Go forward and make your dreams come true, you can do it"- By Yong Hau & Jess, on their way to Alaska they send the postcard to me.(6th June 2008)




Momok The Movie

Mimi Rahzia

Monday, September 28, 2009

'Momok: Brunei actresses' big break' - Borneo Bulletin



Mell Mazelan (left) with another Brunei actress Mimi Rahzia during the movie premiere. Mimi decides to appear as her character during the event.
By Rosli Abidin Yahya

Two aspiring Brunei actresses, Mell Mazelan and Mimi Rahzia, appeared in the Malaysian movie, Momok The Movie, which is currently being shown in cinemas throughout Malaysia and Brunei since the first day of Hari Raya Aidilfitri. Mell who plays the character of "Hantu Pocong" and Mimi Rahzia "Hantu Sampuk", marked the actresses' first appearances in the silver screen. Both stars have been active in local and Malaysian dramas as well as hosting various programmes in both countries.

The debut of the movie also marked the return of film-making, M Jamil, the son of silver screen icon Datuk Sarimah Ahmad and the most promising actor at the Second Malaysian Film Festival in 1982, who is once again donning his movie-maker's cap, after a 15-year hiatus.

Mell said she is thrilled with her first film and looked forward to more offers. "During the premiere of 'Momok The Movie' at TGV Mines, Seri Kembangan, many people in the industry including film directors liked my acting. "A film producer, David Teo, asked for my profile, to offer me parts for future films," she said. "Momok The Movie is my first major starring role, and it's an honour to work with Jamil and Sarimah, who are a brilliant mother-and-son team," she added.
Meanwhile, Mimi said the experience she obtained from acting at her first silver screen was terrific.

Momok The Movie is the story of Adlin (Faizal) who returns to his village in Temerloh, Pahang, for a holiday and to visit Pak Ajis' (Datuk Aziz Sattar) stall. Joined by close friend Kadir (Abon, who also starred in Momok), Adlin learns about vampires and ghosts with names like "pontianak", "pocong", "orang bunian", "sampuk", zombies and the mohini of Indian folklore. Along the way, strange things start to unravel where Adlin discovers that there is more to the ghost-loving hawker than we know.
Momok The Movie is produced by Jamil's company, Galaksi Seni and is supported by the Malaysian National Film Corporation (Finas) and producer, David Teo's company MIG. Its patron is Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
85,600

Saturday, September 26, 2009

Telemovie Damak- Astro Ria



Jangan lupa menyaksikan Telemovie DAMAK di Astro Ria (channel 104) malam ni 9:00-11:00 dan hari Ahad 2:00-4:00ptg, for the sinopsis and more pictures click this link.

Thursday, September 17, 2009

"Mimi Rahzia Pulang Beraya Ke Brunei"-Mangga Magazine ( October 2009)


Mimi Rahzia, Kat (Mentor-2), Rebecca Nur Al-Islam


Oleh : Nuek
MIMI RAHZIA PULANG BERAYA KE BRUNEI
Pelakon Mimi Rahzia Tamin bakal muncul dalam telefilem Damak dan Filem Momok The Movie. Cerita Mimi: "Sebenarnya bila berlakon ni kita tidak akan berasa puas, macam-macam yang ingin kita cuba. Dan rasanya banyak lagi yang perlu saya belajar dan terokai. "
"Walaupun keluarga saya jauh diseberang sana (Brunei), namun mereka tetap memberikan sokongan dan galakan kepada saya. Keluarga sentiasa berpesan agar saya pandai menjaga diri dan tidak mencemarkan nama baik keluarga. Amanat itu saya sentiasa pegang."
"Insyaallah, kalau tak ada aral melintang Hari Raya Aidilfitri ni saya beraya di Brunei. Sambutan di sana juga tak kurang meriahnya. Lagipun inilah masa yang sesuai untuk saya berkumpul dan berjumpa dengan adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai. Di sini (KL) saya tiada sesiapa kecuali kawan-kawan je.. Menu istimewa di sana pun sama juga seperti di Malaysia, antaranya seperti ketupat, rendang dan lemang"
84, 270

Wednesday, September 16, 2009

Live Interview : Momok The Movie

15th September 2009

I have to wake-up early in the morning for an interview with RTM2 : Hello On Two. Bangun pukul 6 pagi then bergerak ke Angkasapuri-RTM, make-up then we go live !



Selepas tu kitaorang gerak ke TV3 for another live interview dalam rancangan 'Wanita Hari Ini'- 12:00- 1:00 pm. In the afternoon kitaorang pegi untuk rakaman 'Gala TV' Astro Awani. Rancangan ni akan disiarkan pada malam raya. So jangan ketinggalan.


Kak Shila, Faizal AF4, M.Jamil, Mimi Rahzia

Tapi yang paling penting sekali jangan lepaskan peluang menyaksikan Momok The Movie di pawagam nanti mulai dari 20hb September2009- Raya Pertama.

Sunday, September 13, 2009

Tayangan Perdana "MOMOK THE MOVIE"


2nd September 2009

Tayangan Perdana "Momok The Movie" di adakan di TGV Mines, Seri Kembangan. I sengaja make-up macam hantu seket.. at least kene lah dengan character kan..hehehehe. Pada kawan-kawan di luar sana, jangan lupa menyaksikan Momok the Movie di panggung yang berdekatan pada 20hb September 2009.

Terutama sekali pada kawan-kawan di Brunei memang wajib pegi panggung tengok Momok The Movie sebab dalam movie ni Mimi memainkan character 'Hantu Sampuk' bersama dengan Mell Mazelan memainkan character 'Hantu Pocong'. Ooooooo....seramnye hehehe

Best sangat experience yang I dapat semasa melakonkan character Hantu Sampuk, buat semua yang ingin mengetahui tentang movie ni layarilah laman webnya - http://www.momokthemovie.com/ dan satu lagi http://www.momokthemovie.blogspot.com/

Sape-sape nak baca dan tengok gambar the making of Hantu Sampuk dalam blog Mimi just click this link. By the way just to let you all know Mimi ada live interview for Momok The Movie so jangan lupa mengikuti :

15th September 2009 : Selasa : Live Interview

TV 2-"Hello on 2" 7:30 til 8:30am

TV 3-"Wanita Hari Ini" 12:00 til 1:00 pm

Astro Awani-" Gala TV" 3:30pm (recorded interview untuk Hari Raya)




Mimi Rahzia "Hantu Sampuk", Mell Mazelan "Hantu Pocong"


Hantu Pocong- Mell Mazelan , Hantu Sampuk- Mimi Rahzia, Hantu Langkah Kucing - Shazleen Shabi


Menerima cenderahati dari Fusion Excel- Seutas rantai yang mampu memberi tenaga dalaman kepada si pemakai. Buat pengetahuan semua fusion excel ni adalah sponsor untuk Momok The Movie. To read more on fusion excel : http://www.fusionexcel.com/

Interviewed by Burn AF1 untuk rancangan Era TV. Ha... untuk siaran minggu ni carilah dekat guide astro channel 104, repeat show sampai hari Rabu ni.


Another interview

David Teoh


Photographer-Azlina and Wartawan Mangga Mag- Nuek (Anuar) , Raja Anor



The Director- M.Jamil


83, 750




Wednesday, September 9, 2009

Drama "TOWER 13" episod 11, TV3

Pada bulan August yang lalu Mimi berkesempatan untuk beraksi dalam Drama Series "Tower 13" yang sekarang ni tengah disiarkan di TV3, Setiap Khamis, 9:30 malam. Mimi punya part mostly dalam episod 11 akan disiarkan pada 15hb Oktober 2009.

I memegang watak sebagai seorang producer dan camerawoman untuk sebuah realiti show 'Jejak Jembalang'. Nama I- Fiona Ahmad. Dalam show 'Jejak Jembalang tu yang jadi host -Damien ( Chew Kin Wah). Kitaorang adalah pemburu hantu.....uhhhhuuhuu takutnye! Hehehe.
Ape-ape pun memang pengalaman yang sangat berbeza setelah berganding dengan Kin Wah. Die seorang pelakon yang sangat berbakat dan serius dalam penghayatan wataknya. I'm impressed!
Drama ni di produce oleh FilmScape Sdn Bhd and directed by Khabir Bhatia and Joeza Rasidi.



Fiona Ahmad dalam interrogation room.





Ramli Long- our cameramen


Kak Gee and Along Ailina (PM)




Wanda jadi hantu olok-olok hehehehe





Saat Damien dirasuk


Chew Kin Wah ( Damien) , Ati (Conti)



Fiona merakam upacara halau hantu di atas bumbung apartment yang berhantu


Dira Abu Zahar


Siti (Line Producer)


83, 300



Sunday, September 6, 2009

"Mimi Kerja Keras"- RAP, Harian Metro




MENIMBA pengalaman lebih dua tahun dalam bidang lakonan banyak mengajar pelakon muda, Mimi Rahzia Tamin belajar kehidupan bergelar anak seni. Jika dihitung, dua tahun masih dianggap mentah untuk pelakon baru mencipta nama dan populariti. Bagi Mimi, perjalanan untuk menjadi pelakon berjaya dengan pengiktirafan menerusi anugerah masih jauh.

Mimi yang berkesempatan hadir memeriahkan Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini merasakan dia bertuah kerana meraih pengalaman menarik menerusi majlis anugerah berprestij ini.Sebagai artis baru, peluang menghadiri majlis khusus meraikan karyawan filem tanah air, memberi kelebihan buatnya bukan hanya berkongsi kejayaan bersama pelakon yang mencatat kejayaan, sebaliknya menjadi platform terbaik untuk mempromosikan diri.Katanya, peluang ini tidak seharusnya dilepaskan, apatah lagi hadirannya sebagai tanda sokongan pada FFM22 dan persada perfileman tempatan secara keseluruhan.

"Banyak kelebihan dan pengalaman baru yang saya lalui sepanjang berada lima hari di sini. Kemeriahan FFM22 bukan hanya terletak pada kemuncak Malam Anugerah tetapi pembabitan artis menerusi aktiviti sampingan yang dianjurkan turut menarik perhatian."Saya berkesempatan melawat Rumah Kebajikan Bukit Harapan, Inanam dan terharu apabila bertemu dengan kanak-kanak istimewa yang tinggal di situ. Pada saya, aktiviti ini patut disertai ramai artis kerana mereka juga adalah peminat."Dalam pada itu, saya juga meluangkan masa bertemu dengan ramai produser dan pengarah yang hadir. Pertemuan ini suatu yang penting untuk saya memperkenalkan diri dan ia secara tidak langsung menjadi promosi untuk diri sendiri."Saya bersyukur apabila ditawarkan membintangi dua telefilem ketika berada di sini. Salah satunya berjudul Fatihah Buat Ibu dan penggambaran dijangka bermula penghujung bulan ini," katanya.

Mengenai penganjuran FFM22, Mimi berpandangan acara ini berjaya dan meninggalkan kenangan manis buat semua khusus Sabah yang menjadi lokasi julung kali untuk acara ini. FFM22 meriah apabila Malam Augerah dipenuhi ramai penonton dan artis turut memberi kerjasama dengan baik.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, pelakon Kala Hati dan Iris itu menyatakan dia baru selesai penggambaran telefilem Jiranku Cik Siti arahan Bob Singah. Bergandingan bersama Ridzuan Hashim sebagai pelakon utama, Mimi juga melakonkan karakter sebagai doktor yang kemudian jatuh cinta dengan jirannya."Saya turut menanti filem baru saya, Momok The Movie arahan M Jamil yang bakal ditayangkan di pawagam pada Aidilfitri nanti. Menariknya, dalam filem ini saya memainkan watak hantu sampuk."Sebenarnya watak ini suatu yang menarik untuk dilakonkan kerana memerlukan saya melakukan aksi lagak ngeri. Saya sanggup mengambil cabaran melakukan sendiri aksi lagak ngeri itu apabila perlu terbang daripada ketinggian menyamai rumah tiga tingkat.

"Turut memberi cabaran, saya difahamkan lokasi penggambaran sebenarnya 'keras' dan watak saya dikatakan penduduk kampung di situ memang wujud," katanya.Antara filem mahupun drama, kata Mimi, tidak banyak beza dari aspek pengalaman di lokasi penggambaran. Cuma, menerusi filem, ia ditayangkan pada skrin besar dan setiap sudut dan pergerakan jelas kelihatan."Bagi saya, tidak kisah walaupun seseorang pelakon itu terbabit dengan satu atau dua adegan tetapi yang penting, penonton tetap sedar kemunculannya. Sebenarnya, saya tidak kisah watak utama atau pembantu. Saya mahu lakonan di filem menjadi peluang lebih besar untuk mempromosi diri pada penonton," katanya.

Bersama telefilem Jiranku Cik Siti dan Momok The Movie yang menantikan tayangan pada Aidilfitri, Mimi turut terbabit dengan drama Damak yang akan menemui penonton pada masa yang sama.Dalam drama arahan Zulkiflie M Osman ini, Mimi memainkan watak Puteri Kesuma Dewi iaitu puteri bunian. Drama ini turut dijayakan Abby Abadi, Mustapha Kamal dan Malik Nor.

Mimi berkata, dia mahu bekerja lebih keras untuk memperkenalkan dirinya pada khalayak. Walaupun dia sudah banyak membintangi drama, Mimi percaya sokongan peminat amat penting untuk perkembangan kariernya."Saya berpeluang untuk kembali mengacara program baru Rentak 80-an untuk RTM. Sebenarnya, saya rindu mengacara semula kerana nama saya mula dikenali dari bidang ini."Namun, lakonan tetap jadi keutamaan saya. Jika ada kelapangan dan tawaran menarik, saya masih mahu meneruskan bidang mengacara ini pada masa akan datang."Sebagai pelakon dan pengacara, saya merasakan masih banyak perkara baru yang harus saya belajar. Seperti di FFM22, saya rasa seperti diri kecil berbanding pelakon lain yang sudah banyak pengalaman berlakon."Tanpa pengalaman dan ilmu yang cukup, saya merasakan diri belum cukup kuat untuk menang anugerah. Saya bangga dengan kejayaan pelakon baru, Liyana Jasmay yang menang Pelakon Wanita Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki."Begitu juga dengan kejayaan Zahiril Adzim untuk Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi filem Kami The Movie manakala Jaclyn Victor Pelakon Harapan Wanita Terbaik (Talentime)."Kejayaan mereka memberi semangat kepada saya untuk bekerja keras bagi menunjukkan lakonan berkesan, sekali gus mengikut jejak langkah mereka menggenggam trofi yang menjadi impian setiap pelakon.

"Jika boleh, saya ingin mengembangkan bakat seni saya dalam bidang lain. Kini saya cuba mencipta lagu sendiri. Saya sudah cipta satu lagu, Kau Kekasihku Selamanya."Saya berminat melakukan kerja belakang tabir seperti penciptaan lagu dan berharap bakat saya ini dapat diperluaskan lagi," katanya.

PROFIL NAMA: Mimi Rahzia Tamin

ASAL: Brunei

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kewangan), University Techonology Of Sydney, Kolej Taylors, Subang Jaya

KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon

FILEM: Momok The Movie

DRAMA: Iris, Kerana Ayah, Nek Nak 2, Elit, Tangisan Bulan Madu, Intan Asmara, Cinta Gila, Menantu Vs Mentua, Rozana, Julia Juli, Ritma Kampus,Suria Kasandra, Kala Hati , Damak dan Jiranku Ck Siti

PROGRAM TV: Teman (8TV), Kembara Khatulistiwa (RTM) dan Rentak 80an (RTM)

TEATER: Lorong Blues (2007)

IKLAN: Digi Idiot Brother, Raya for Perodua,Nespray Cergs, TV3 Inspirasi Hidupku dan Sendayu Tinggi.


82 730

Friday, September 4, 2009

Pulau Manukan, Pulau Sapi Kota Kinabalu

9th August 2009


Lala n GG

Most of us balik KL hari ini but I decided to extend my stay another day so that I boleh ikut package tour yang telah disediakan untuk wartawan2 dan photographers. Best sangat-sangat. Pulau pertama Pulau Manukan. Sangat relaxing


Puan Fariza Saidin & Rena Tan
GG


wah...wah..wah..... heppi bebenor

Best Punyerrrrrr...



Radhi , GG, Mimi


Sesatre, GG, Mimi




Pulau Manukan, pulau yang sangat cantik.. Lepas tu kitaorang pegi Pulau Sapi.
















That's all folks! Thank you for the friendship and experience.... Memang tak menyesal pegi rombongan ke KK ni. I dapat ramai kawan baru jugak kenalan2 dalam industri hiburan. Semoga persahabatan yang baru tercipta ini akan berkekalan. AMIN



Festival Filem Malaysia 22 : Part 2

8th August 2009

Make Up Artist : Sylvester Jack (MAC 1Borneo Hypermall )



walking on the red carpet


Vie Shanty, Eizlan Yusof, Mamat Khalid, Imuda, Abu Bakar Omar


Noris Ali, Talya Md Noor, Natasha Hudson, Salina Saibi, Estelle Looi



Zizie Ezette, Shaheizy Sam, Allana Amir, Alliesha Amir, DD



Lina Tan, Sabrina Hassan, Aziz M Osman, Heliza AF 5
Mummy Adam Salleh, Dato' Yusof Haslam
Faizal, Mak Jah

Radhi Khalid, Mokhtar Abu Bakar

Imuda, Jane Teoh
Farid Kamil, Bade Hj Azmi



Bade Hj Azmi, Adam Salleh, Richard, Aina Liza


Zanidah Imran, Ira Fazir


Afdlin Shauki


Noor Hosni, Salina Saibi


Hans Isaac, Abdul Latiff Mohaideen

Dato' Sri Farid Ridzuan, Syazli Khiar

Lala & Lan Pet-Pet

Estelle Looi, Adam Salleh

Festival Filem Malaysia ke-22 telah pun berlangsung di Dewan Chanselor UMS, Kota Kinabalu dengan dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran. Mimi nak ucapkan tahniah buat semua pemenang terutamanya buat Afdlin Shauki kerana memenangi banyak anugerah pada malam tu.
Filem Papadom memenangi Filem Terbaik. Buat pengetahuan semua filem ini akan ditayangkan pada hujung tahun ini. Jangan terlepas untuk menyaksikannya. 4 anugerah telah diraih oleh filem Papadom termasuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik- Afdlin Shauki , Cerita Asal Terbaik- Afdlin Shauki dan Pelakon Wanita Terbaik-Liyana Jasmay. Tahniah!

Tahniah juga buat famili Allahyarham Yasmin Ahmad atas kemenangan Filem Talentime yang membawa kepada anugerah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita.

Antara pemenang anugerah FFM22:

Anugerah Perdana (14 anugerah)Filem Terbaik:Papadom


Pengarah Terbaik:Yasmin Ahmad (Talentime)


Pelakon Lelaki Terbaik:Afdlin Shauki (Papadom)


Pelakon Wanita Terbaik:Liyana Jasmay (Papadom)


Lakon Layar Terbaik:Yasmin Ahmad (Talentime)


Cerita Asal Terbaik:Afdlin Shauki (Papadom)


Sinematografi Terbaik:Mohd Nor Kasim (Setem)


Penyunting Terbaik:Faizul Mohd Noh (Setem)


Skor Muzik Asal Terbaik:Syed Ahmad Faizal (Papadom)


Filem Komedi Terbaik:Los dan Faun


Filem Animasi Terbaik:My Telatori (The One Academy of Communication Design)


Filem Pendek Terbaik:Permata Bonda (Universiti Sains Islam Malaysia)


Filem Digital Terbaik:Aathma (Demaz Entertainment)


Filem Dokumentari Terbaik:Bumi Pribumi (Finas & Q-Plez Communication)


Anugerah Cipta (11 anugerah)Pengarah Harapan:James Lee (Histeria)


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:Mohd Shafie Naswip (Talentime)


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:Salina Saibi (Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam)


Penataan Seni Terbaik:Nazrul Asraff Mahzan (Setem)


Penataan Bunyi Terbaik:Mohd Mohsin Osman (Cicakman 2)


Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:Mohd Hadziq (Syurga Cinta)


Pelakon Harapan Lelaki:Zahiril Adzim (Kami The Movie)


Pelakon Harapan Wanita:Jaclyn Victor (Talentime)


Pereka Kostum Terbaik:Shen Imagineering (Cicakman 2)


Lagu Tema Asal Terbaik:Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan)


Poster Terbaik:Histeria


Filem Box-Office:Geng Pengembaraan Bermula


Anugerah Penggiat Belakang Tabir:Omar Man


Anugerah Pelakon Veteran Wanita:Mariani Ismail


Anugerah Pelakon Veteran Lelaki:S.Shamsudin


Penerima Anugerah Khas Juri:

Talentime

Kami The Movie

Histeria

Geng Pengembaraan Bermula


Tahniah untuk semua pemenang!


82, 480

Monday, August 31, 2009

FFM- 22 KOTA KINABALU : Part 1

4th August 2009

Akhirnya sampai jugak I menjejakkan kaki ke tanah Sabah. Inilah pertama kali I sampai ke Kota Kinabalu. Macam tak percayakan? hehehe.... I dihantar oleh Finas untuk FFM-22 representing Momok The Movie yang ikut bertanding di Festival Filem kali ini. Jangan lupa tau menyaksikan Momok the Movie yang akan ditayangkan pada 20hb September 2009 ( Hari Raya Pertama). Sambutan yang diberikan oleh orang-orang Sabah pada kitaorang memang sangat meriah. Di Lapangan Terbang Sabah pun kami di sambut dengan muzik tradisional dan each of us di kalungkan dengan rantai yang berwarna-warni. Rasa special sangat2.
Dari airport kami dihantar ke 1 Borneo Hotel. I rase macam zaman-zaman pramugari balik... hahaha rasa rindu pulak tapi takkanlah nak jadi aircrew semula. Ape-apepun pengalaman kat sini memang sangat menyeronokan dan tak mungkin terlupakan. I plan nak datang sini balik in the future. Insyaallah.


5th August 2009

Malam Perasmian Festival Filem Malaysia ke 22 dan Tayangan Filem Perdana bertempat di Centre Atrium 1Borneo Hypermall




Rena Tan, Puan Fariza Saidin, Estelle Looi, DD (skrip 7707)



Haan Isaac, Aziz M Osman, Haziq Tom-Tom Bak, Adam Salleh, Congratulations to Haziq kerana memenangi trofi pelakon kanak-kanak terbaik di festival filem ke 22.



Alliesha Amir, DD, Adam Salleh's Mummy, Mimi Rahzia, Allana Amir

6th August 2009
Sesi Bertemu Peminat di depan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu


Radhi Khalid, Haziq Tom-Tom Bak, Hanis Zalikha

Aziz M Osman dan Gadis- gadis Histeria : Liyana Jasmay, Scha Al Yahya, Norliana Samsuddin, Noris Ali



Begitu hangat sambutan yang diterima di Sabah


Each of us kene bagi soalan pada pengunjung2 then sape yang menjawab dengan betul akan memenangi tiket untuk masuk ke FFM-22 yang berlangsung pada 8hb Ogos 2009.


Noris Ali
Lepas tu kita semua pegi lunch di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu

Alliesha Amir, Allana Amir, Puan Fariza Saidin, Noor Hosni, DD




Imuda and Aziz M Osman
Pada malam yang sama kitaorang pegi Majlis Makan Malam Negeri dan Malam Bintang Lagenda
di Grand Ballroom Magellan Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu




Zainuddin Enuja, Hans Isaac, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki


7th August 2009
Lawatan Amal Bersama Artis bertempat di Rumah Kebajikan Bukit Harapan, Inanam
Puan Fariza Saidin, Yasmin Khanif, Rena Tan, Sabrina Hassan, Mimi Rahzia, Hazwan, Richard (sleeveless), Baha ( Blue collar shirt), Khir Mohd Noor ( Blue baju melayu)




Kepada yang diluar sana, hulurkan lah bantuan pada yang memerlukan. Pada lawatan kali ini kami sempat berhibur bersama-sama mereka, menyanyi dan menari... memang rasa puas sebab bukan selalu dapat meluangkan masa bersama mereka yg kurang bernasib baik, yang penting mereka rasa di sayangi dan dihgargai.

82,100

Momok the making

Momok the Movie Introduction

Promo Samarinda 'KALA HATI' TV3

Samarinda TV3 "KALA HATI"

Interview- Filem Bunian: Mahkota Seri Helang

Perodua-Hari Raya 2007 TV Commercial

V.Clip 'Kerana Ayah'- Ist Drama- Lead role- Sept 2007

V.Clip 'Kembara Khatulistiwa' Host/Travelogue- July 2007